Pembukaan cawangan baru senQ Digital Station yang ke-30 di Bandar Dato Onn, Johor.
HM Digital

Kuala Lumpur: senQ Digital Station terus menawarkan pengalaman membeli-belah interaktif apabila membuka cawangannya yang ke-30 di Bandar Dato Onn, Johor.

Pengarah Urusannya, K H Lim berkata, pembukaan besar-besaran itu menawarkan pelbagai promosi hebat.

“Dengan pembukaan cawangan senQ di sini, kami berharap ia dapat memberikan nilai terhebat, kemudahan dan pengalaman membeli-belah kepada pelanggan kami,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Pembukaan cawangan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan kongsi utama senQ Digital Station iaitu Samsung, Panasonic, Sharp, Sony, LG, Electrolux, Toshiba, Hitachi, Pensonic, Beko, AIG dan AEON.

Seawal jam 10 pagi, pembukaan kedai dibanjiri pelanggan yang beratur dengan penuh rasa teruja melihat cawangan baru terbabit.

Sebanyak 1,000 unit produk elektrik kecil berkualiti tinggi ditawarkan dengan hanya RM10 saja.

Terdapat pilihan produk daripada kategori yang berbeza dengan penjimatan setinggi 60 peratus, pemberian pembukaan istimewa eVoucher bernilai RM50 dan pelbagai lagi.

senQ Digital Station sudah melancarkan kempen Seamless 4U yang menawarkan lebih banyak maklumat, nilai tambahan dan meningkatkan pengalaman pelanggan ketika membeli-belah di kedai senQ.

Model perniagaan terbaharu ini turut meletakkan senQ pada posisi yang menguntungkan kerana melestarikan reputasi syarikat sebagai perintis dalam perniagaan pengguna alat perkakas dan elektronik dengan menggabungkan kewujudan cawangan yang kukuh di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 7:28 AM