ZAFRUL
HM Digital

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Berhad Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dinobatkan CEO Terbaik Bagi Perhubungan Pelabur pada Anugerah Hubungan Pelabur MIRA kali ketujuh.

“Anugerah ini akan mendorong kami untuk terus mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan sedia ada yang kukuh serta telus dengan pelabur.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan saya di CIMB di atas sokongan padu. Saya tidak mungkin dapat melakukan ini tanpa mereka,” kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Anugerah anjuran MIRA atau Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia diwujudkan bagi menggalakkan tadbir urus yang baik, menggalakkan amalan ketelusan yang tinggi serta pendedahan yang saksama bagi mencapai penilaian adil untuk semua syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 8:53 AM