HOH (dua dari kanan) melancarkan program ganjaran Watsons menerusi aplikasi MyDigi, semalam.
Wan Nur Ameera Meor Rozman
bisnes@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Watsons Malaysia (Watsons) bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Digi.Com Berhad (Digi) untuk menganjurkan program ganjaran melalui aplikasi MyDigi.

Pengarah Pelanggan Watsons Danny Hoh berkata, dengan memuat turun aplikasi MyDigi, pengguna Digi berpeluang menikmati tawaran menarik iaitu Monday Superdeals untuk barangan kesihatan dan kecantikan terpilih pada harga serendah 99 sen hingga RM8.99.

“Di Watsons, kami komited menyampaikan tawaran terbaik kepada pelanggan.

“Kami melihat hubungan ini sebagai kerjasama ideal dalam usaha menawarkan kaedah terbaik di samping memberikan nilai terhebat kepada mereka,” katanya pada majlis pelancaran program ganjaran menerusi aplikasi MyDigi, di sini.

Ketua Pengurusan Pelanggan Digi Francis Chang berkata, program itu direka khusus untuk menawarkan ganjaran kepada pengguna setia Digi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 9:08 AM