KHAIRUL
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menerusi kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 yang dijalankan sejak April lalu berjaya menarik orang ramai untuk membuka lebih daripada 63,000 akaun Al-Awfar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Khairul Kamarudin berkata, semua akaun baru itu menyumbang kepada pertumbuhan sebanyak 59.6 peratus kepada pertumbuhan Al-Awfar pada tahun ini yang mencecah RM358 juta setakat ini sejak Disember 2016.

“Jelajah kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 ini dijalankan di seluruh negara di mana Bank Islam membawa perkhidmatan kaunternya kepada pelanggan dan bakal pelanggan serta mereka boleh membuka akaun dan menerima ganjaran di salah satu pasar raya besar atau pusat beli-belah di mana program itu diadakan.

“Tempoh jelajah akan berlangsung sehingga 3 Disember ini di lokasi seperti Melawati Mall, East Coast Mall, Mydin Tmn Rinting, Mydin Seremban, Queensbay Mall, CMART Aman Jaya Mall Sg Petani, IOI City Mall, The Curve dan Mydin USJ,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Selain itu, Bank Islam turut menyampaikan hadiah utama Kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 untuk suku kedua 2017 iaitu sebuah Audi A4 Sedan 2.0 TFSI yang dimenangi Haronalrasyid Nawi yang juga pegawai penjenamaan syarikat petroleum dan gas.

Pada masa sama, Bank Islam turut memperkenalkan Kempen Al-Awfar terbaru iaitu Kempen Al-Awfar Go Umrah yang bermula dari 2 Oktober 2017 sehingga 31 Disember 2018 dan lima individu bertuah akan memenangi hadiah pakej mengerjakan Umrah pada setiap bulan melalui Cabutan Khas Bank Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 8:17 AM