PESERTA menyampaikan hamper kepada kakitangan wad Pediatrik, Hospital Shah Alam.

Bagi meneruskan misi berbakti kepada komuniti, 60 penuntut program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) dan Bachelor in Medical Sciences, Management & Science University (MSU) menjalankan program GPS Ramadan di Hospital

Shah Alam dan Hospital Kajang sebagai salah satu pengisian dalam MSU Ihya Ramadhan 2017 .

Program itu bermatlamat memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta serta memperkasakan jalinan di antara warga kampus dan komuniti.

Program berkenaan menyaksikan penuntut melawat Jabatan Pediatrik di kedua-dua hospital berkenaan.

Antara aktiviti dijalankan bersama pesakit kanak-kanak ialah persembahan boneka, pertunjukkan belon, bercerita dan mewarna, persembahan koir, sumbangan hamper serta mengedarkan juadah berbuka puasa ke wad-wad terpilih.

Seterusnya peserta turut bersama-sama berbuka puasa dengan kakitangan di hospital berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 12:32 PM