GIANLUIGI BUFFON
AFP

MILAN: Kapten Juventus, Gianluigi Buffon mengakui ada kalanya dia turut melakukan kesilapan tetapi perlawanan dramatik saingan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid minggu lalu membuatkan dia rasa ‘bernyawa’.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu dibuang padang oleh pengadil, Michael Oliver selepas tindak balasnya terhadap penalti saat akhir di Stadium Bernabeu yang membuatkan Juventus tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Meskipun ia adalah peluang terakhir untuk melengkapkan koleksi trofi termasuk Piala Dunia 2006, dia menempelak pengadil sebagai `pembunuh’ impian Juventus dengan `tong sampah’ selepas perlawanan.

“Keputusan yang kami buat itu adalah menggambarkan kami dan menjadikan kami apa yang kami mahukan,” kata Buffon.

“Anda juga boleh pergi jauh, kadang kala juga melakukan silap. Tetapi itu bermakna anda hidup dan itu adalah mengapa anda ada di dunia ini.

“Selepas Bernabeu, saya pergi berjalan dan berfikir panjang. Ia adalah minggu di mana memberikan saya pengalaman tentang kekuatan emosi, kecantikan dan rasakan adrenalin. Saya rasa hidup untuk itu.”

Buffon yang juga ikon Itali berkata ini akan menjadi musim terakhirnya dan dia mengumumkan persaraannya di arena antarabangsa selepas kekalahan dramatik Itali dalam kelayakan Piala Dunia buat kali pertama dalam 60 tahun.

“Menjadi kapten dalam pasukan kebangsaan adalah hadiah yang terbaik dalam hidup saya,” kata Buffon yang kembali menyertai perlawanan persahabatan bulan lalu menentang England dan Argentina bersama Azzuri.

Juventus – dua kali tewas dalam final sejak tiga tahun lalu –- melonjak kembali daripada kekecewaan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas Sampdoria pada Ahad lalu di mana mereka menghampiri gelaran tujuh berturut-turut Serie A.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 April 2018 @ 12:58 PM