PERTAHANAN Basel, Blas Riveros (kiri) gagal menyekat penyerang City, Sergio Aguero pada aksi Liga Juara-Juara, sebentar tadi. Foto AFP

DUA jaringan Ilkay Gundogan membantu Manchester City membenam FC Basel sebentar tadi, untuk meletakkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kian hampir mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu hanya memerlukan 23 minit untuk berada selesa di depan apabila berjaya mendahului tuan rumah 3-0 dalam saingan berlangsung di Stadium Sankt Jakob Park.

Tiga jaringan pertama itu hadir dalam tempoh sembilan minit. Ia bermula menerusi tandukan Gundogan pada minit ke-14, disusuli rembatan kencang Bernardo Silva (minit ke-18) dan tendangan jarak jauh Sergio Aguero, lima minit selepas itu.

Nasib malang FC Basel terus bertambah selepas permainan disambung semula apabila Gundogan tampil sekali lagi untuk menjaringkan gol keempat City pada minit ke-53. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 8:13 AM