CAROLINE (kanan) bertunang dengan Lee. FOTO/AFP
AFP

LOS ANGELES: Pemain nombor tiga dunia, Caroline Wozniacki mengumumkan ikatan pertunangan dengan pemain bola keranjang Amerika Syarikat, David Lee, awal pagi tadi.

Bintang Denmark yang menjuarai kejohanan penghujung musim WTA Finals minggu lalu, memuat naik sekeping gambar cincin berlian pertunangan di Twitter dengan bertulis: “Hari paling gembira dalam hidup saya semalam apabila berkata iya kepada buah hati saya.”


GAMBAR milik akaun Instagram Lee ketika di Polynesia.

Lee, 34, yan gkini ejen bebas NBA dan pernah mewakili Ney York Knicks dan Golden State Warriors turut memuat naik status mengenai pertunangan mereka.

“Dia berkata iya! Amat teruja dapat bertunang dengan buah hati saya,” tulis Lee dalam akaun Instagram yang turut memaparkan sekeping gambar dirinya memeluk Wozniacki di Bora Bora, Polynesia.

Pertunangan Wozniacki, 27, hadir selepas tiga tahun dia berpisah dengan bintang golf, Rory McIlroy.

McIlroy dan Wozniacki dilaporkan bersama selama tiga tahun dari 2011 hingga 2014 dan melangsungkan pertunangan sebelum berpisah selepas menghantar jemputan perkahwinan.

McIlroy yang sebelum ini pernah berkahwin kemudiannya mendedahkan yang keputusan pembatalan perkahwinan itu adalah keputusannya sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 11:35 AM