POCHETTINO buat Spurs digeruni lawan.
AFP

LONDON: Ketika Tottenham dan Real Madrid bertembung pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini - perlawanan itu juga akan menyaksikan pertembungan di garisan permainan antara dua pengurus, Mauricio Pochettino dan Zinedine Zidane.

Pochettino yang membimbing Tottenham sementara Zidane bersama Madrid, kedua-duanya dilabel sebagai pengurus yang mampu membawa pasukan muncul juara, tetapi kedua-duanya juga mempunyai sejarah tersendiri dalam karier mereka.

Pochettino, 45, mempunyai rekod yang cemerlang daripada transformasi seorang pemain pertahanan Argentina kepada jurulatih sementara Zidane yang seusia rakan setugasnya itu, adalah barisan pemain Perancis yang memenangi Piala Dunia diikuti kecemerlangan selaku pengurus.

Dengan Tottenham dan Real berkongsi mata di kelompok atas Kumpulan H, AFP membezakan pengalaman antara Pochettino and Zidane. “Ketika zaman remaja, saya hanya memikirkan mengenai bola sepak saja. Ia adalah segala-galanya bagi saya,” kata Pochettino.


PEMAIN Spurs peroleh suntikan berlainan daripada Pochettino. FOTO/AFP

Pochettino membuat penampilan awal bersama Newell’s Old Boys pada 1988 dan memenangi Liga Premier Argentina pada 1991. Beliau kemudian meraih reputasi hebat yang menyaksikannya berhijrah ke Espanyol pada 1994 tetapi berdepan kesukaran apabila hanya memenangi Copa del Rey pada 2000.

Zidane meraih banyak kejayaan antarabangsa manakala Pochettino hanya melakukan 20 penampilan dan detik paling diingati adalah menjadi punca kepada sepakan penalti yang menyebabkan England mencatat kemenangan 1-0 ke atas Argentina pada Piala Dunia 2002.

Ketika Pochettino hidup di kawasan luar bandar, Zidane dibesarkan di bandar utama Marseille. Selepas bersama Cannes dan Bordeaux, pemain tengah itu menjadi bintang ternama ketika bersama Juventus di bawah bimbingan Marcello Lippi.

“Lippi seperti suis lampu bagi saya. Sebelum itu bola sepak adalah untuk hiburan saya sendiri. Selepas tiba di Turin, keinginan untuk menang sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.


ZIDANE dibesarkan di bandar utama Marseille. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 2:45 PM