Ahmad mengisi minyak kereta pelanggannya. FOTO INSTAGRAM Ahmed Musa
Daily Mail

TIDAK ramai memiliki portfolio perniagaan seperti dilakukan oleh penyerang Leicester beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahmed Musa.

Biarpun baru berusia 24 tahun, dia sudah mengendalikan perniagaan stesen minyak dan terbaru di Kano terletak 300 kilometer dari kampung halamannya di Jos, Nigeria.

Stesen minyak 'Myca-7' itu adalah stesen minyak keduanya di negara itu.

Ahmed turut terbabit dalam bidang hartanah dan memiliki pusat kecergasan sukan.

Sewaktu rehat perlawanan antarabangsa, Ahmed pulang untuk meninjau operasi dan meluangkan masa di stesen terbabit.

Malah, pemain antarabangsa Nigeria itu sendiri tidak keberatan mengisi minyak kereta pelanggannya.

Ahmed memulakan karier bolasepak profesional di kawasan berhampiran stesen minyak terbabit bersama kelab Kano Pillars FC.

Dia kemudian menyertai VVV-Venlo di Belanda sebelum berhijrah ke CSKA Moscow dan kini beraksi bersama Leicester.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 7:26 PM