Haikal (kiri) muncul naib johan 100 meter lelaki dan Badrul Hisyam menduduki tempat ketiga Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Bukit Jalil. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my


PELARI Negeri Sembilan Haikal Hanafi mencuri tumpuan di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia selepas mengetepikan nama besar dan meraih perak 100 meter lelaki akhir hari ini.

Haikal yang merakam catatan masa 10.55 saat menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas iaitu pelari Maldives, Hassan Saaid (10.49s).

Badrul Hisham yang mewakili Melaka meraih gangsa selepas mencatat masa 10.62s,manakala Nixson dari Sarawak di tempat keempat (10.67s).

Dalam acara 100m wanita, Siti Fatimah yang mewakili Johor ternyata unggul selepas muncul juara dengan mencatat masa 11.91s,mengetepikan atlet Terengganu,S Komalam Sally (11.97s).

Tempat ketiga acara berkenaan diraih pelari Filipina, Eloiza Luzon yang merakam catatan masa 11.99s.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 11:31 PM