PEMAIN Kedah, Sandro Da Silva (tengah) diasak dua pemain Selangor di Stadium Darulaman, kelmarin.

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff tetap berpuas hati meskipun pemainnya gagal memanfaatkan peluang di laman sendiri untuk meraih tiga mata dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Terikat 1-1 dengan Selangor, beliau sedikit kecewa dengan ketumpulan dan penyudah dipamerkan pemain meskipun mencipta beberapa peluang menjaringkan gol.

Menurut Nidzam, beliau mengakui faktor jadual perlawanan Liga Malaysia dan Piala Malaysia yang padat sedikit memberi kesan kepada pemain untuk memulihkan stamina di tahap terbaik.

“Keseluruhannya saya puas hati dengan persembahan pasukan Kedah. Apa saya nampak sepanjang 90 minit, pemain tidak mampu lagi.

“Dalam tempoh dua minggu, hari ini (kelmarin) adalah perlawanan kelima dilalui pemain. Cuma itu yang mampu diberikan oleh pemain.

“Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat tiga mata,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 2:24 PM