Totti tidak dapat restu keluarga. FOTO ROMA FC/Sky Mag
AFP

HASRAT kelab Jepun Tokyo Verdy untuk menandatangani superstar Itali Francesco Totti terbantut selepas isterinya tidak bersetuju dia beraksi di Asia, menurut media tempatan, hari ini.

"Dia (Totti) tidak mendapatkan restu keluarganya," kata presiden Verdy Hideaki Hanyu memberitahu akhbar sukan Jepun Nikkan Sports.

Hanyu mendakwa isteri selebriti Totti Ilary Blasi menjadi faktor utama menyebabkan mereka tawar hati mendapatkan khidmat pemain berusia 40 tahun itu yang juga pemenang Piala Dunia.

"Saya benar benar mahu melihat Totti menyarung jersi Verdy," kata Hanyu.

"Saya bersedia terbang ke Itali esok. Saya memang tidak gembira dengan ejen membawanya ke sini tetapi usaha itu akan menjadi pengalaman yang sangat bernilai."

Totti baru mengucapkan selamat tinggal terhadap kelab diwakilinya selama 25 tahun, Roma dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer bersama Miami FC dikendalikan rakan rapat Totti, Alessandro Nesta.

Verdy yang pernah bergelar kelab handalan Liga Jepun (J-League) tetapi kini terperosok ke liga kedua Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 1:42 PM