ULAT bungkus yang menyerang pelepah pokok sawit.
BUAH tandan sawit menampakkan hasil.
Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my


Baja itu juga dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti pada tanaman dengan penghasilan kuantiti buah yang banyak, berkualiti serta tidak mencederakan fizikal pokok.

Sehubungan itu, MQH Resources Sdn Bhd (MQH) berjaya menghasilkan dua produk baja cecair Fastgrow Fertilizer iaitu baja hijau dan merah sesuai untuk semua jenis tanaman khususnya kelapa sawit.

Pengarah Pemasaran MQH, Hamzah Hamid berkata, baja ini diformulasikan dengan baja yang seimbang dan cekap bagi memberi kelebihan serta penekanan kepada pemulihan atau rawatan kepada pokok.

Beliau berkata, ia dapat meningkatkan penghasilan buah yang berkualiti dan berat pada buah yang memberi kepuasan kepada pengguna.

“Pada masa sama, ia dapat meningkatkan hasil ekonomi negara dalam sektor pertanian ke tahap yang membanggakan.

“Antara kesan tindak balas baja cecair ini pada kelapa sawit adalah meningkatkan penghasilan dan kualiti pada buah serta berat tandan.

“Baja cecair itu sesuai untuk digunakan pada semua jenis tumbuhan namun kami memberi fokus kepada peningkatan hasil buah sawit,” katanya ketika ditemui di ladang sawit dan padi di Perak, baru-baru ini.

Hamzah berkata, ia dapat membantu industri kelapa sawit supaya terus berkembang dengan lebih baik, sekali gus membantu pekebun kecil dan peladang meningkatkan hasil ekonomi mereka dalam sektor pertanian.

“Kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan sejak 2006 bagi memastikan baja ini dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman.

“Kita boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas petani menggunakan produk ini kerana penghasilan kuantiti buah yang banyak diperoleh selepas beberapa kali menggunakannya.

“Dalam menghasilkan kuantiti tanaman yang lebih baik dan berkualiti, baja cecair ini tidak mencederakan fizikal pokok pada jangka masa panjang,” katanya.

Menurutnya, formula khas baja ini dihasilkan untuk meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman untuk jangka masa panjang.

“Pengguna hanya perlu menyembur baja cecair ini pada batang, buah dan daun bagi membantu pokok kembali segar serta sihat.

“Baja ini bersifat nutrisi tambahan yang bertindak membaik pulih keadaan pokok bermasalah dan berpenyakit,” katanya.

Sementara itu, seorang peladang, Abdul Zamri Abdul Aziz, 34, dari Felda Gunung Bersawit 5, Sungkai, berkata, sebelum ini pokok kelapa sawitnya diserang ulat bungkus menyebabkan pelepah menjadi kekuning-kuningan.

“Hasil buah tandan semakin berkurangan menyebabkan pengeluaran terjejas. Selepas tiga bulan menggunakan baja cecair Fastgrow Fertilizer ini, pelepah dan buah sawit bertambah baik serta hasilnya meningkat,” katanya.

Petani, Maimunah Basrah, 75, berkata, dia bersyukur kerana tanaman padinya semakin pulih selepas menggunakan baja itu.

“Sebelum ini, padi saya mengalami penyakit menyebabkan daunnya menjadi kuning. Selepas menggunakannya sejak beberapa bulan lalu, pokok padinya bertambah baik dan menghijau,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web di www.fastgrow.my atau Facebook di FastGrow Fertilizer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 11:52 AM