Mesti Baca

Kuala Lumpur: Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka yang sering mengancam nyawa ibu bapa. Itu antara tugas Pasukan Khas Tindakan Taktikal dan Penyiasat Agensi...

Shah Alam: Aksi lagak ngeri sekumpulan mat rempit yang kemaruk berlumba haram di Lebuhraya KESAS...

Baitulmaqdis: Konflik di Masjid Al-Aqsa semakin tegang apabila dua remaja rakyat Palestin...

Kota Bharu: Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) kali ke-4 sebulat suara mengutuk...

Variasi

Galeri

AIR dari tangki yang pecah dari aras empat bangunan Kompleks Teruntum di Kuantan menyebabkan motoksikal yang berada di ruang parkir rosak. Akibatnya, empat orang cedera ringan manakala sepuluh motosikal dan tiga kereta rosak terkena serpihan. Semua premis perniagaan dan pejabat kerajaan di Kompleks Teruntum diarah menghentikan operasi serta-merta. FOTO Bernama
TREN Transit Aliran Massa (MRT) yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Stesen Stadium Kajang selepas beliau melancarkan Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen Tun Razak Exchange (TRX). Laluan MRT Fasa 2 bermula dari Stesen Muzium Negara ke Kajang melibatkan 19 stesen dan tujuh daripadanya bawah tanah sejauh 51 kilometer. Turut menikmati perkhidmatan MRT itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. FOTO Bernama
ORANG ramai melawat pameran ketika Karnival Pameran ATM Sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2017 di Taman Sri Lambak, Sembrong. FOTO Mohd Azren Jamaludin
 

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif bersorak sambil memegang obor Kuala Lumpur 2017 yang diarak menaiki kereta kuda pada majlis penerimaan obor di Kuala Besut. FOTO Bernama
LUKISAN mural yang menghiasi dinding bangunan lama menjadi tarikan terbaru di Kampung Cina, Kuala Terengganu . FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
ORANG ramai mengambil peluang melihat logo 'NEGARAKU' di kapal terbang Boeing 737-800 milik Malaysia Airlines yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena sambutan Hari Merdeka ke-60 . FOTO Mohd Fadli Hamzah
PERENANG memulakan acara saringan 50m gaya kupu-kupu di Kejohanan Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary. FOTO AFP
KAWASAN perumahan berhampiran Oroville, California terbakar akibat kebakaran hutan pertama selepas kemarau lima tahun serta gelombang panas. FOTO AFP
PENDUDUK menggunakan bot merentasi banjir di kampung Balimukh Ashigarh, Morigoan, India. Banjir menjejaskan 350,000 penduduk di 13 daerah di Assam akibat monsun tahunan di India. FOTO AFP
PENUNGGANG Yamaha, Valentino Rossi ketika sesi latihan pertama Moto GP Jerman di Sachsenring Circuit di Hohenstein-Ernstthal, Jerman. FOTO AFP
UMAT Islam di Moscow menunaikan solat Aidilfitri. FOTO AFP
KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Radzi meraikan jaringan Mohd Khairul Izuan Rosli pada perlawanan Kumpulan C Piala Malaysia menentang pasukan UiTM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO HM/SYAMSI SUHAIMI
PEMAIN Kedah Sandro Da Silva (kiri) diasak oleh pemain Melaka, Khair Muhammad Jefri Jones pada perlawanan Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Aman. Kedah menang 2-0. FOTO BERNAMA
PEMAIN Felda United, Stuart James mengasak penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Effandi Abdul Rahim pada saingan Piala Malaysia 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Perlawanan berakhir tanpa sebarang jaringan. FOTO HM/FARIZUL HAFIZ AWANG
PEMAIN Pahang Mohd Saifulnizam Miswan (kanan) memberi duit raya kepada penyokong cilik sempena Syawal yang masih diraikan sebaik tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan pada perlawanan bolasepak Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. Pahang 2-2 Negeri Sembilan. FOTO BERNAMA
PEMAIN JDT Ahmad Hazwan Bakri (kanan) mengawal bola dari dirampas pemain Sarawak Demerson Bruno Costa dalam perlawanan Piala Malaysia 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. JDT menang 4-0. FOTO BERNAMA
Pengurus skuad Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian (kiri) dan Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic meraikan kejayaan menewaskan PKNS FC 2-0 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh. FOTO HM/ABDULLAH YUSOF